JANM Negeri Pahang dengan kerjasama Institut Perakaunan Negara (IPN) telah mengadakan Kursus Generik Kewangan Peringkat Zon Timur Bil.4/2017 bertajuk Asas Pengurusan kewangan pada 23 hingga 24 Mei 2017 bertempat di Dewan Seminar Darul Makmur Lodge, Kuantan. Seramai 27 orang peserta  telah menghadiri kursus pada kali ini. Kursus ini telah disampaikan oleh para pegawai  JANM Negeri Pahang sendiri yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang masing-masing iaitu Puan Julia binti Abu Bakar, Puan Irmawati binti Nosri, Puan Norhafizah binti Abd Rahman, Encik Ahmad Faizal bin Muhamed Ali dan Puan Faizah binti Burhanuddin. Objektif kursus kali ini adalah memberi penerangan mengenai konsep dan pengenalan terhadap Pengurusan kewangan,Terimaan atau Hasil Kerajaan, Aset dan Stor, Perolehan Kerajaan dan Perbelanjaan serta Bayaran dalam sektor kerajaan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang telah terlibat menjayakan kursus tersebut.

 

image