Taklimat Penutupan Akaun Tahun Kewangan 2015 telah diadakan pada 11 Disember 2015 bertempat di Dewan Dato’ Bahaman Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang. Program yang telah dihadiri hampir 420 orang peserta terdiri daripada PTJ dan pusat terimaan di seluruh negeri Pahang telah berlangsung dengan jayanya.

Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas yang disampaikan oleh Pengarah JANM Negeri Pahang, Puan Hawariah binti Idris. Seterusnya Taklimat Penutupan Akaun Tahun 2015 telah disampaikan oleh Puan Irmawati binti Nosri, Penolong Pengarah Kanan (Unit Akaun). Majlis diakhiri dengan sesi soal jawab peserta bersama-sama pegawai daripada JANM Pahang.

SLIDE TAKLIMAT PENUTUPAN AKAUN 2015

image