JANM Negeri Pahang sedang melaksanakan Pengauditan Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti (IA) bagi Tahun 2015 secara ‘across the board’ yang dikendalikan oleh sepasukan pegawai dan kakitangan daripada Jabatan Audit Negara Negeri Pahang. Satu mesyuarat pembukaan telah di adakan bagi memaklumkan objektif, skop dan tempoh pengauditan. JANM Negeri Pahang amat berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan para juruaudit bagi sama-sama menilai kedudukan JANM ini dalam konteks PTJ di Negeri Pahang secara keseluruhannya.

image