Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Tuan/Puan,

 

 

Jabatan/PTJ hendaklah mengambil tindakan untuk mengemukakan dokumen sokongan dan maklumat terimaan bagi pelarasan transaksi terimaan tidak dikenalpasti atau tidak diperakaunkan oleh PTJ pada atau sebelum 31.12.2019 ke akaun ATTD JANM Johor.

Sehubungan itu,  dimohon tindakan segera daripada pihak PTJ untuk mengemukakan dokumen sokongan dan maklumat terimaan tersebut melalui email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. selewat-lewatnya pada 23 Januari 2020 (Khamis) bagi tujuan pelarasan terimaan tersebut daripada ATTD ke kod akaun hasil sebenar PTJ.

 PTJ juga adalah DIINGATKAN untuk tidak mengeluarkan sebarang resit bagi semua transaksi terimaan yang telah diperakaunkan ke ATTD.

 Kerjasama dan perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan/puan mengenai perkara ini amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih

 

ATTD

 

Sekian, terima kasih.

 

Pertingkat Inovasi Terokai Transformasi Kuasai Globalisasi”

 

 Unit Pengurusan Dana
JANM Negeri Johor

09.01.2020

 

image