​ Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Tuan/Puan,

  

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan Surat Pekeliling Jabatan Akauntan Negara Malaysia (SPANM)  Bil. 3 Tahun 2019.

  

2.         Semua PTJ adalah diingatkan untuk menjana dan  menyemak Laporan Invois Terperinci,Laporan Terperinci Usia Hutang dan Laporan Dokumen Pelanggan melalui sistem iGFMAS pada setiap minggu.

  

3.         Hasil semakan kami mendapati terdapat invois tahun sebelum 2020 masih tidak dikutip oleh PTJ.Mohon tindakan semua ptj yang berkenaan agar mengutip bayaran dengan kadar segera.

 

A0481101 01032020

 

SURAT PERINGATAN ABT A0481101 FEB2020

4.         Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai di Unit Akaun iaitu Puan Nirmala Devi a/p Thirumalai samb 1149 dan  Pn. Nur Azlina Binti Abdul Rahman  samb 1157 atau boleh diemailkan pada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

5.         Kerjasama dan tindakan YBhg. Datuk/ Dato/ Datin/ Tuan/ Puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian,terima kasih.

 

 

"Pertingkat Inovasi Terokai Tranfomasi Kuasai Globalisasi"

  

 

UNIT AKAUN

 

JANM JOHOR

 

03.03.2020

 

 

 

 

image