Merujuk kepada Perutusan YAB Perdana Menteri Malaysia dan Kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  yang menggesa agar semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) bagi bulan Mac dan April ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan penularan COVID-19 berlaku. Sehubungan dengan ini Jabatan memutuskan agar :-

1.  Perkhidmatan Kaunter Wang Tak DiTuntut dihentikan sementara dan diminta orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan semakan secara online (egumis.anm.gov.my) dan boleh menghantar Borang Tuntutan Bayaran balik dengan meletak borang tersebut ke dalam Drop Box yang disedikan di hadapan kaunter Unit Wang Tak DiTuntut JANM Negeri Kelantan atau secara Pos ke alamat JANM Ibu Pejabat :

 

Bahagian Pengurusan Wang Tak DiTuntut,

Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Tingkat 42

Menara Maybank 100,

Jalan Tun Perak

50050 Kuala Lumpur

 

2.   Bagi Urusan Jabatan Kerajaan dengan JANM Negeri Kelantan yang melibatkan unit unit seperti Unit Akaun, Unit Pengurusan Dana, Unit Gaji, Unit Naziran, Unit Pengurusan Aset, Unit Khidmat Pengurusan Pelanggan, Unit Pengurusan Prestasi dan Unit Teknikal,  Perkhidmatan Drop Box disediakan di hadapan unit masing masing untuk penyerahan dokumen.

3.    Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari masa ke semasa dan jika terdapat pertanyaan mengenai perkara ini boleh hubungi JANM Kelantan di talian 09-7460 200.

 

Sekian, terima kasih.

JANM Negeri Kelantan

16 Mac 2019

image