Tuan,

 

Dipohon kerjasama semua PTJ untuk menyemak kod program/ aktiviti semua jenis pukal selaras dengan waran peruntukan yang diturunkan oleh kementerian masing-masing. Sekiranya berlaku percanggahan berkenaan caj yang dipertanggungkan, pihak PTJ perlu mengemaskini kod program tersebut dalam portal iGFMAS di modul Data Induk - Borang Akaun Pukal.

 

Didapati kebanyakan PTJ di bawah Kementerian Pendidikan mengalami ralat "Peruntukan Tidak Mencukupi". Justeru itu, PTJ berkenaan dikehendaki mengambil tindakan segera seperti yang diarahkan oleh Kementerian bagi mengelakkan sebarang kesulitan di kemudian hari.

 

Sekian, terima kasih.

 

Unit Pengurusan Dana
28 Jun 2018

image