Tuan/Puan, 

 

BENGKEL HANDS ON SEMAKAN LAPORAN SUSUT NILAI DAN BAKI ASET DI PORTAL iGFMAS

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Sibu akan menganjurkan bengkel hands on semakan laporan susut nilai dan baki aset kepada jabatan-jabatan di bawah seliaan JANM Cawangan Sibu. Bengkel tersebut akan berlangsung seperti pada ketetapan berikut: 

Tarikh : 11 - 13 Februari 2020

Masa : 9.00 pagi – 11.00 pagi & 2.15 petang - 4.15 petang

Tempat : Bilik Latihan, JANM Sibu

3. Untuk makluman latihan akan dijalankan dalam beberapa siri mengikut jadual yang telah ditetapkan seperti di Lampiran A. Mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk membawa salinan KEW.PA-5 jabatan tuan/puan semasa sesi bengkel dijalankan. 

4. Sehubungan dengan itu, setiap jabatan diwajibkan untuk menghantar seorang wakil yang bersesuaian untuk menghadiri sesi hands on ini. Mohon kemukakan pengesahan kehadiran dengan melengkapkan borang melalui google form http://bit.ly/bengkelAset selewat-lewatnya pada 31 Januari 2020 (Jumaat). Sebarang pertanyaan lanjut tuan/puan boleh menghubungi Puan Noraini Binti Kemad di talian 084-332053.  

5. Kerjasama dan perhatian tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

 

Unit Pengurusan Aset, JANM Cawangan Sibu

image