MAKLUMAN PENTING

 

Semua pengguna GPKI yang masih menggunakan kad pintar (bewarna ungu/biru) dikehendaki membuat permohonan baharu sijil digital token berkuatkuasa serta merta.

 

PERMOHONAN SIJIL DIGITAL TOKEN

 
Daftar Pengguna

– Authorised Personnel (AP) yang dilantik perlu mendaftarkan pengguna yang masih menggunakan kad pintar bagi membolehkan pengguna tersebut mendapat kod pengaktifan sebelum permohonan sijil digital token dapat dilakukan.

 
Pengesahan Dokumen

– Selepas pengguna menghantar permohonan, AP hendaklah melakukan pengesahan dokumen iaitu proses akhir bagi sesuatu permohonan.

 
Semak Status Permohonan

– Pengguna GPKI boleh menyemak status permohonan di portal GPKI -> https://gpki.mampu.gov.my

 
Pengesahan Penerimaan Token

Pengguna MESTI membuat pengesahan penerimaan token di portal GPKI agar sistem dapat menghantar notifikasi kelak apabila tarikh luput sijil digital hanya tinggal 30 hari, 15 hari dan 7 hari. Notifikasi ini akan membantu tuan-puan pemegang sijil digital membuat permohonan pembaharuan sebelum tarikh luput.

 

IMPLIKASI SEKIRANYA MASIH MENGGUNAKAN KAD PINTAR

1. Kad pintar tidak boleh mengakses aplikasi 1GFMAS dan eP Nextgen yang dijadualkan bermula pada 1 Januari 2016

2. Web browser tidak soking penggunaan kad pintar kerana bit yang rendah.

 
Anda mempunyai sebarang kemusykilan

Kami sedia membantu

a. Rujuk Soalan Lazim di menu bar portal GPKI, atau

b. Email ke gpki.support[@]digicert[dot]com[dot]my ; atau

c. Hubungi kami di 03-89928888

 

Sekian, terima kasih

Pentadbir GPKI

 

image