Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) sedang dalam proses
mengumpul maklumat pengguna dan peranan (role) 1GFMAS yang merangkumi pengguna GFMAS , eSPKB dan eTerimaan. Maklumat tersebut
akan dimuatnaik secara berperingkat ke dalam sistem Production 1GFMAS pada bulan Oktober hingga Disember sebelum go-live pada
tahun 2016.

Bersama- sama ini dilampirkan softcopy User Mapping Template (Excel) dan rujukan (slide) yang mana pihak
Y. Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan perlu melengkapkan maklumat pengguna dan peranan di Jabatan masing- masing.

Dilampirkan juga Garis Panduan Pengisian Template Peranan 1 GFMAS untuk memudahkan tuan/ puan melengkapkan setiap modul.
Berikut adalah modul- modul berkaitan:-

AA – Accounting Asset
ABC – Pengkosan Output
AP – Account Payable (Baucar Bayaran)
AR – Account Receivable (Resit)
CM – Cash Management (Panjar)
CO – Data Induk
FM – Fund Management (Waran Peruntukan)
GL – General Ledger (Baucar Jurnal)
HCM – Gaji
MM – Material Management (Pesanan Kerajaan – LO)
SOLMAN – Helpdesk

PTJ hanya lengkapkan maklumat Header yang berwarna Merah, Kuning, Pink dan Hijau sahaja.

Mohon kerjasama SEMUA PTJ dibawah Pejabat Perakaunan JANM Tawau untuk fahami semua lampiran dan melengkapkan semua modul yang berkaitan
dan emel kepada En Vincent di liewpinshew[at]anm[dot]gov[dot]my sebelum atau pada 11 SEPTEMBER 2015 (Jumaat) . Sebarang pertanyaan berkaitan hal ini
sila hubungi En Vincent di talian 089-775620 /621.

Kerjasama dan perhatian tuan/ puan dalam menjayakan penggumpulan data fasa terakhir ini dengan tepat dan mengikut tarikh yang ditetapkan
amatlah dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

JANM Tawau.

Sila Klik link dibawah.

 Garis Panduan Pengisian Modul Template Peranan 1GFMAS   Muat Turun
 Modul- Modul 1GFMAS   Muat Turun
 Rujukan Slide Setiap Modul   Muat Turun
image