Perkara diatas adalah dirujuk.

2. Disertakan lampiran surat yang bertarikh 9 Disember 2014 dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sabah, sebagai rujukan.

3. Adalah dimaklumkan Pejabat Perakaunan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Tawau akan menggunapakai Prosedur Permohonan Membuka Sekatan (unblock) Token, berkuatkuasa hari ini 2 April 2015 (Khamis).

4. JANM Cawangan Tawau merupakan Sub Admin (SA) Sistem GPKI bagi Pusat Tanggungjawab Daerah Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua pengguna dan Authorised Personal (AP) untuk mengambil perhatian berkenaan prosedur permohonan token seperti berikut:

1. Pengguna melaporkan sekatan token kepada AP di PTJ.
2. AP di PTJ membuat permohonan SO PIN bagi token yang disekat melalui Portal GPKI
3. Token yang disekat dihantar kepada SA bersama-sama SO PIN yang telah diperoleh melalui Borang Permohonan Unblock Token (seperti Borang ANM.SBH.GPKI.01 yang dilampirkan)
4. Permohonan membuka sekatan token ini hanya boleh dihantar dan diambil semula oleh pemilik token sendiri. Sebarang perwakilan kuasa bagi tujuan ini adalah tidak dibenarkan.

5. Perhatian dan kerjasama pihak Tuan / Puan berhubung perkara ini amat dihargai. Sebarang kemuskilan berhubung perkara ini boleh diajukan kepada Unit Pelaksanaan dan Unit ICT, JANM Cawangan TAwau :

1. Pn. Sitti Zubaidah binti Beddu
2. En. Liew Pin Shew
3. En. Fuadhasan Adisuryo bin Achmad Rofiie
4. En. Rosman Saddo

Sekian, terima kasih.

JANM Cawangan Tawau
2 April 2015

Sila klik untuk muat turun lampiran:

SURAT UNBLOCK TOKEN  Muat Turun
BORANG ANM.SBH.GPKI.01  Muat Turun
image