Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara (JANM) Ibu Pejabat sedang dalam fasa mengumpulkan maklumat pengguna 1GFMAS yang merangkumi kesemua pengguna eSPKB dan eTerimaan ke arah perlaksanaan Sistem Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kerajaan Persekutuan (1GFMAS) berasaskan Perakaunan Akruan pada tahun 2015.

2.   Sehubungan itu, dipohon kerjasama tuan/puan agar mengambil tindakan seperti berikut :-

A).  Mengisi Borang Pengesahan Maklumat Pengguna ID Sistem Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kerajaan Persekutuan (1GFMAS) – Lampiran D.

  • Borang ini hendaklah diisi oleh Pengguna 1GFMAS.
  • Sila sertakan Salinan Kad Pengenalan yang berpalang (Untuk 1GFMAS).
  • Ruangan Emel Rasmi wajib diisi oleh individu menggunakan email rasmi individu. Sekiranya tiada emel rasmi individu, maka dibenarkan menggunakan emel ketua Unit/PTJ.

B). Mengisi senarai Pengguna 1GFMAS (Lampiran C).

  • Sila lengkapkan kesemua maklumat berdasarkan Borang Pengesahan maklumat Pengguna ID Sistem Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kerajaan Persekutuan (1GFMAS) -Lampiran D.
  • Maklumat hendaklah diisi dengan HURUF BESAR sahaja.

3. Lampiran C yang telah dilengkapkan hendaklah dikembalikan ke pejabat ini secara softcopy ke emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.         manakala Lampiran D hendaklah dikembalikan ke pejabat ini secara hardcopy dan diserahkan kepada Encik Liew Pin Shew selewat – lewatnya 15 April 2014.

4. Bersama – sama ini disertakan dokumen berikut untuk tindakan tuan/puan selanjutnya :-

  • Lampiran A (Kod Dan Perihal Pejabat Perakaunan)
  • Lampiran B (Kod Dan Perihal Kumpulan PTJ)
  • Lampiran C (Senarai Pengguna 1GFMAS)
  • Lampiran D (Borang Pengesahan Maklumat Pengguna ID)
  • Lampiran E (Mapping Kod Jabatan Lama Ke Kod Kumpulan PTJ Baru)

5. Sekiranya tuan/puan mempunyai kemusykilan dan pertanyaan berkenaan perkara ini, sila hubungi Unit Authorization JANM melalui emel authorization[at]anm[dot]gov[dot]my atau melalui talian berikut :-

  • Puan A’iniah Kamaruddin  – 0388821151
  • Puan Thevi Maruthiayah     – 0388821368
  • Puan Lilydiana Mohd Noor – 0388821417

6. Kerjasama dan perhatian yang diberikan bagi menjayakan pengumpulan data pengguna 1GFMAS yang tepat dan betul amatlah dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

JANM Tawau.

 Template User Master 1GFMAS

 Muat Turun

image