ANJURAN BANK NEGARA MALAYSIA

BERTARIKH 04 – 06 APRIL 2019

BERTEMPAT DI TABUNG HAJI HOTEL & CONVENTION CENTRE KUALA TERENGGANU

JANM Negeri Terengganu telah menerima jemputan untuk menyertai Karnival Kewangan Terengganu daripada pihak Bank Negara Malaysia sebagai salah sebuah agensi kerajaan dalam memberikan kesedaran serta pemahaman kepada orang awam berkenaan dengan Wang Tak Dituntut (WTD) dan menyediakan kemudahan kaunter untuk perkhidmatan semakan WTD serta serahan Borang Tuntutan WTD.

Karnival tersebut berlangsung selama 3 hari bermula 04 April 2019 hingga 06 April 2019 di Tabung Haji Hotel & Convention Centre Kuala Terengganu bermula jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam dan dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar.

Petugas JANM Negeri Terengganu mula bertugas dengan membuka kaunter semakan WTD mulai jam 9.00 pagi hingga 8.00 malam. Berikutan penerimaan sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung karnival tersebut, Pengarah JANM Negeri Terengganu, En. Fauzi bin Mamat selaku Penolong Pendaftar Wang Tak Dituntut, diikuti dengan En. Mazlan bin Muda selaku Timbalan Pengarah Pemantauan JANM Negeri Terengganu, turut sama menyertai petugas yang lain sepanjang karnival tersebut berlangsung dalam memberikan perkhidmatan berkaitan WTD kepada pengunjung-pengunjung yang hadir.

Statistik bagi semakan para pengunjung Karnival Kewangan Terengganu adalah seperti di bawah:

Tarikh

Bilangan Penyemak

Catatan

04 April 2019

285

Untuk 06 April 2019, kaunter dibuka bermula 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Semakan pada hari tersebut dibuat secara manual kerana penyelenggaraan iGFMAS dilakukan pada tarikh ini.

05 April 2019

405

06 April 2019

200

Turut disediakan adalah kaunter serahan borang tuntutan bagi memudahkan pengunjung mengemukakan dokumen tuntutan yang lengkap. Sebanyak 31 borang tuntutan yang lengkap telah diterima dalam tempoh berlangsungnya karnival tersebut.

Secara umumnya, objektif jabatan telah tercapai melalui Karnival Kewangan Terengganu di mana kesedaran dan pemahaman para pengunjung mengenai Wang Tak Dituntut berjaya ditingkatkan sekaligus dapat membantu orang awam menuntut kembali Wang Tak Dituntut mereka.

image