Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 2015 serta Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil. 5 Tahun 2015.

Dimaklumkan bahawa Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM500.00 akan diproses dan dibayar pada 04 Januari 2016. Sehubungan itu, dimohon semua Jabatan / PTJ untuk membuat semakan terhadap senarai nama penerima BKK yang akan diemelkan dan memaklumkan kepada jabatan ini sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan pindaan (sekiranya ada).

Senarai nama penerima BKK yang telah disemak dan disahkan oleh Ketua Jabatan hendaklah dikemukakan semula secara emel dan hardcopy kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia selewat-lewatnya pada 06 Disember 2015.

Kerjasama dan tindakan segera daripada pihak tuan amatlah diharapkan bagi melancarkan proses pembayaran BKK. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, sila berhubung dengan Puan Norasikin binti Nordin di talian 09-6278207 dan Puan Nanaimah binti Abdul Kohar di talian 09 – 6278208.

Sekian, terima kasih.

image