Untuk makluman YBhg. Dato’/Tuan/Puan, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM), Jabatan Akauntan Negara Malaysia sedang menjalankan Soal Selidik Kepuasan Pelanggan GFMAS, eMaklum dan ePenyata Gaji & Laporan bagi tahun 2015. Hasil Kajian ini akan digunakan untuk menambahbaik sistem dan khidmat sokongan kepada pelanggan pada masa hadapan.

Sehubungan itu, mohon kerjasama Y. Bhg. Dato’/Tuan/Puan untuk meluangkan sedikit masa bagi melengkapkan soal selidik yang mana berkaitan mulai 12 Oktober 2015 hingga 30 Oktober 2015. Soal Selidik ini boleh dicapai melalui dua (2) kaedah iaitu :

(i) Laman web JANM di www.anm.gov.my > Laman Utama > Berita Terkini > Soal Selidik Kajian Kepuasan Pelanggan GFMAS, eMaklum dan ePenyata Gaji & Laporan 2015 dan pilih Soal Selidik Kajian Kepuasan Pelanggan GFMAS, eMaklum dan ePenyata Gaji & Laporan 2015.

(ii) Melalui pautan http://www2.anm.gov.my/soalselidik dan pilih Soal Selidik Kajian Kepuasan Pelanggan GFMAS, eMaklum dan ePenyata Gaji & Laporan 2015.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada :

(i)Penyelia Soal Selidik Kepuasan Pelanggan GFMAS
No. Telefon : 03- 8882 1322/1289/1313/1449
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

image