Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Seperti tuan/puan sedia maklum, KPM sedang giat melaksanakan proses conversion data dari Vot S41 ke S63 ekoran dari perubahan vot KPM pada tahun 2015. Objektif utama urusan ini adalah untuk memindah semua perbelanjaan yang diakaunkan di Vot S41 ke Vot S63 dan seterusnya mengosongkan Vot S41.
Walaubagaimanapun, urusan ini agak terganggu kerana hasil semakan mendapati bahawa masih terdapat PTJ-PTJ KPM yang masih menggunakan Vot S41. Keadaan ini menyebabkan perbelanjaan vot S41 sentiasa bertambah walaupun sebelumnya kesemua bakinya telah dijurnal ke S63. Hal ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana vot S41sudah tidak sah untuk digunakan. Semua PTJ KPM dinasihatkan supaya memindahkan baki Vot S41 ke S63 terlebih dahulu sebelum menyedia baucar bayaran.
Sekian, terima kasih.

image