Mengikut perkara 9, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1999, seseorang pegawai yang menerima Bayaran Insentif Tugas Kewangan tetapi telah meninggalkan tugasnya selama 28 hari atau lebih secara berturut-turut, bayaran tersebut hendaklah dihentikan dalam tempoh berkenaan. Walau bagaimanapun, pengecualian adalah diberikan bagi pegawai yang meninggalkan tugas bagi tempoh tidak melebihi 92 hari berturut-turut termasuk cuti mingguan dan hari kelepasan am dalam keadaan berikut:
- Menghadiri kursus yang diarahkan oleh Ketua Jabatan;
- Menjalankan tugas rasmi atas arahan Ketua Jabatan; dan
- Bercuti sakit yang disokong oleh Sijil Sakit mengikut Perintah Am Bab ‘C’.
Dalam hal yang dibangkitkan, Bayaran Insentif Tugas Kewangan hendaklah dihentikan kerana Cuti Bersalin bukan dianggap sebagai cuti sakit tetapi Cuti Pemulihan.