Objektif

  • Memastikan perakaunan Kementerian Kewangan dilaksanakan dengan cekap, berkesan dan dengan penuh tanggungjawab melalui sistem perakaunan, kawalan dan pemantauan yang berkesan.

 

Piagam Pelanggan

  1. Membuat bayaran kepada pembekal/ individu dalam tempoh lima (5) hari kalendar dari tarikh penerimaan dokumen lengkap.
  2. Memastikan bayaran gaji dan potongan gaji dilaksanakan pada tarikh yang ditetapkan.
  3. Mengakaun terimaan dan mengeluarkan Resit Rasmi dalam tempoh tiga (3) hari kalendar dari tarikh Penyata Pemungut diterima.
  4. Memberi khidmat nasihat Perakaunan Kewangan dan Perakaunan Pengurusan dalam 14 hari dari tarikh terima permohonan yang lengkap.

 

Fungsi

  1. Mengurus dan mengakaun terimaan dan bayaran, termasuk bayaran gaji.
  2. Membuat persediaan audit di PTJ dan mengurus proses audit dan laporan audit.
  3. Memantau pelaksanaan sistem perakaunan Kerajaan melalui naziran dan audit.
  4. Mengumpul dan menganalisis maklumat kewangan bagi mengesyorkan penggunaan sumber dan prosedur yang berkesan dan memberi cadangan strategik.
  5. Merancang, membangun dan melaksanakan program latihan dan kursus bagi meningkatkan kemahiran perakaunan dan kewangan di Kementerian Kewangan.

Alamat

Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Bahagian Akaun Kementerian Kewangan
Aras 1 & 2, Bangunan Jabatan Akauntan Negara Malaysia
No.1, Persiaran Perdana
Presint 2
62594 Putrajaya
Tel : 03-88821000
Faks : 03-88895817
image