Objektif

  1. Mencetuskan penemuan baru sistem perakaunan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kewangan dan perakaunan.
  2. Merekabentuk dan menambahbaik sistem kewangan dan perakaunan selaras dengan peraturan, prosedur dan piawaian perakaunan yang diterima pakai.
  3. Memastikan pelaksanaan projek sistem perakaunan selaras dengan jadual yang ditetapkan.
  4. Memastikan agensi kerajaan menggunakan sistem peerakaunan dan kewangan yang mematuhi peraturan, prosedur dan piawaian perakaunan yang diterima pakai.
  5. Memberi khidmat nasihat berkaitan prosedur dan sistem kewangan dan perakaunan dalam membantu agensi membuat keputusan.
  6. Meluluskan Sistem Perakaunan dan Kewangan yang mematuhi peraturan, prosedur dan piawaian perakaunan yang diterima pakai.
  7. Menasihati pembuat keputusan dalam dasar yang berkaitan perakaunan dan kewangan.
  8. Menggalakkan perkongsian pengetahuan warga perakaunan melalui KM JANM.
  9. Mempertingkatkan kompetensi perundingan warga BKP.

 

Piagam Pelanggan

  1. Meluluskan 80% permohonan khidmat nasihat sistem perakaunan dan kewangan sektor awam dalam tempoh 2 bulan dari tarikh terima permohonan yang lengkap.
  2. Memastikan setiap aduan daripada pengguna berkaitan gangguan penggunaan sistem dibuat akuterima dalam tempoh 15 minit selepas aduan diterima melalui sistem Helpdesk.

 

Fungsi

  1. Memberi perkhidmatan perundingan, pembangunan dan penyenggaraan sistem kewangan dan perakaunan kepada Agensi Kerajaan.
  2. Memberi perkhidmatan perundingan dan kelulusan dalam pembangunan sistem kewangan dan perakaunan kepada Kerjaan Persekutuan dan Agensi.
  3. Menetapkan peraturan perakaunan dan kewangan untuk Kerajaan Persekutuan dan Agensi Kerajaan.
  4. Memberi perkhidmatan perundingan, pembangunan, penyenggaraan sistem kewangan dan perakaunan agensi kerajaan serta sokongan teknikal.
  5. Memberi perkhidmatan pentadbiran dan kewangan kepada Bahagian.

Alamat

Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Bahagian Khidmat Perunding
Aras 5, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
Presint 2
62594 Putrajaya
Tel : 03-88821000
Faks : 03-88869759
image
image