Objektif

  1. Memastikan organisasi yang efisien dan efektif untuk mempertingkatkan perakaunan dan akauntabiliti Kerajaan.
  2. Menyediakan perkhidmatan sokongan pentadbiran dan kewangan bagi menjayakan program-program perakaunan.

Piagam Pelanggan

  1. Merancang dan mengurus sumber manusia serta memajukan kerjaya anggota perkhidmatan perakaunan di sektor awam bersesuaian dengan keperluan masa kini dan hadapan.
  2. Memproses permohonan pembaharuan kelulusan juruaudit dan penyelesai syarikat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh terima permohonan.

Fungsi

  1. Menyediakan pelan strategi Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
  2. Merancang dan menyediakan keperluan sumber manusia serta kerjaya pegawai dan staf Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
  3. Menyediakan piawaian perakaunan sektor awam.
  4. Mengadakan kawalan ke atas pengeluaran kelulusan juruaudit dan penyelesai syarikat.

Alamat

Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan
Aras 6 & 7, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
Presint 2
62594 Putrajaya
Tel : 03-88821000
Faks : 03-88821042
image
image