Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) - Bahagian Pengurusan Audit Dalam (BPAD)
Bahagian Pengurusan Audit Dalam (BPAD)
Objektif
Meningkatkan pematuhan peraturan kewangan dan perakaunan kerajaan.
Meningkatkan khidmat nasihat pengurusan kewangan dan perakaunan kerajaan.
Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pembangunan modal insan yang kompeten.
Piagam Pelanggan
Mengeluarkan laporan audit dalam tempoh 21 hari dari tarikh selesai pengauditan/exit meeting/dokumen akhir diterima.
Mengeluarkan Laporan Penilaian Prestasi Pengurusan Kewangan dan Akaun dalam tempoh 14 hari dari tarikh selesai verifikasi/exit meeting.
Meluluskan permohonan pemusnahan rekod kewangan dan perakaunan dalam tempoh 10 hari dari tarikh penerimaan.
Menyemak akaun terimaan bulanan dalam tempoh 25 hari dari tarikh penerimaan.
Fungsi
Memastikan terimaan dan bayaran Kerajaan Persekutuan diperakaunkan dengan betul mengikut peraturan yang berkuatkuasa.
Menjalankan pengauditan untuk memastikan kawalan dalaman ke atas pengurusan kewangan dan perakaunan Kerajaan Persekutuan adalah mencukupi dan berkesan.
Menjalankan audit penyiasatan khas mengikut arahan Kementerian Kewangan Malaysia.
Memastikan Akaun Belum Terima dilaporkan mengikut peraturan yang berkuatkuasa.
Memberi kelulusan ke atas permohonan pemusnahan rekod kewangan dan perakaunan mengikut peraturan yang berkuatkuasa.
Memberi khidmat nasihat berkaitan pengurusan kewangan dan perakaunan
Alamat
Bahagian Pengurusan Audit Dalam Jabatan Akauntan Negara Malaysia Aras 5 & 6, Perbendaharaan 2 No. 7, Persiaran Perdana Presint 2 62594 Putrajaya Tel : 03-88821000 Faks: 03-88887112