Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) - Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Objektif
Memantapkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan perakaunan di Pejabat Perakaunan;
Menyelaras keseragaman peraturan serta prosedur kewangan dan perakaunan yang berkuat kuasa di pejabat perakaunan;
Mempertingkatkan pemahaman personel yang melaksanakan tugas kewangan dan perakaunan menerusi latihan yang berterusan berkaitan Sistem Perakaunan yang digunapakai; dan
Menguatkuasa Akta Wang Tidak Dituntut 1965 melalui pemahaman dan pemeriksaan ke atas entiti (JANM Negeri sahaja).
Piagam Pelanggan
Menyempurnakan bayaran dalam tempoh 4 hari kalendar dari tarikh terima dokumen lengkap.
Memperakaunkan terimaan dalam tempoh 3 hari kalendar dari tarikh terima dokumen lengkap.
Fungsi
Memantau operasi perakaunan/ kewangan di Pejabat Perakaunan agar mematuhi dasar, peraturan dan prosedur perakaunan/ kewangan yang berkuat kuasa;
Merancang, menyelaras dan menyeragam pelaksanaan sistem/ operasi perakaunan/ kewangan di Pejabat Perakaunan;
Memantau pelaksanaan naziran dan WTD serta memberi khidmat nasihat kepada Pejabat Perakaunan termasuk latihan sistem perakaunan/ kewangan;
Memantau pengurusan teknologi maklumat merangkumi asset ICT, pusat data dan sistem-sistem berkaitan perakaunan/ kewangan serta Portal JANM Negeri/ Cawangan; dan
Mengurus dan menyelaras Business Continuity Management (BCM) BPOPP dan JANM negeri/ Cawangan.
Alamat
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan Aras 3, Kompleks Kementerian Kewangan No.1, Persiaran Perdana Presint 2 62594 Putrajaya Tel : 03-88821000 Faks : 03-88821610