Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) - Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM)
Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM)
Objektif
Mengeluarkan maklumat yang tepat serta lengkap pada masanya melalui khidmat automasi supaya maklumat dapat digunakan untuk kawalan, perancangan dan keputusan kewangan.
Memastikan operasi sistem berjalan dengan lancar supaya perkhidmatan yang diberi kepada pelanggan tidak tergendala.
Membangunkan sistem dalam masa yang ditetapkan dan dapat memenuhi spesifikasi yang dipersetujui oleh pelanggan.
Piagam Pelanggan
Membangun dan melaksanakan projek integrasi aplikasi kerajaan elektronik dengan sistem perakaunan Jabatan Akauntan Negara mengikut jadual yang ditetapkan.
Fungsi
Menjalankan penyelidikan, kajian, pembangunan, pengujian, latihan dan pelaksanaan sistem-sistem perakaunan yang dibangunkan.
Menjalankan operasi sistem, pentadbiran sistem, pentadbiran pangkalan data dan automasi pejabat.
Menguruskan infrastruktur, khidmat sokongan dan urusan keselamatan ICT Ibu Pejabat dan Cawangan serta memantau rangkaian komunikasi JANM.
Alamat
Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Jabatan Akauntan Negara Malaysia Aras 5 & 6, Kompleks Kementerian Kewangan No.1, Persiaran Perdana Presint 2 62594 Putrajaya Tel : 03-88821000 Faks : 03-88821049 / 03-88821401