Objektif

  1. Memastikan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan dikemukakan kepada Ketua Audit Negara dan seterusnya dibentangkan di Parlimen.
  2. Memastikan pelanggan mendapat maklumat kewangan yang lengkap, tepat dan berkualiti.

Piagam Pelanggan

  • Menyediakan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan dengan tepat dan lengkap berasaskan undang-undang, dasar dan prinsip perakaunan yang diterima umum dalam tempoh 3 bulan dari tarikh akhir tahun kewangan.

Fungsi

  1. Mengumpul maklumat kewangan dan perakaunan Kerajaan Persekutuan.
  2. Menyelaraskan perkara-perkara berkaitan dengan pengurusan wang tunai, urus niaga antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan-kerajaan Negeri, penubuhan akaun-akaun amanah dan akaun-akaun perwakilan luar negeri.
  3. Memperakaunkan pelaburan dan pinjaman Kerajaan Persekutuan.
  4. Memberi khidmat nasihat mengenai perkara berkaitan dengan operasi perakaunan Kerajaan Persekutuan.

Alamat

Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat dan Agensi
Aras 3, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
Presint 2
62594 Putrajaya
Tel : 03-88821000
Faks: 03-88821562
image
image