Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) - Institut Perakaunan Negara (IPN)
Institut Perakaunan Negara (IPN)
Objektif
Melatih pegawai awam dalam bidang perakaunan dan kewangan.
Mempertingkatkan kompetensi tenaga pengajar.
Menyediakan kurikulum bersepadu dan komprehensif serta latihan berstruktur bagi pegawai awam.
Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
Mempromosikan Institut sebagai institusi pembelajaran unggul.
Mewujudkan kaedah pembelajaran secara elektronik (e-learning).
Mewujudkan usahasama strategik dengan institusi-institusi pengajian tinggi dan pusat latihan kerajaan atau swasta.
Menjalankan penyelidikan dalam bidang perakaunan.
Piagam Pelanggan
Memaklumkan pelanggan mengenai sesuatu kursus yang akan dijalankan sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum kursus tersebut bermula.
Mengeluarkan surat tawaran kursus kepada peserta kursus yang dipilih untuk menghadiri kursus tidak lewat daripada dua (2) minggu daripada tarikh kursus bermula.
Menjalankan sekurang-kurangnya 90% daripada kursus yang dirancang setiap tahun.
Memastikan prasarana latihan dan semua keperluan serta peralatan latihan berfungsi dengan baik dan dalam keadaan siap sedia untuk digunakan dalam tempoh satu (1) hari sebelum kursus bermula.
Menyediakan perkhidmatan perpustakaan pada setiap hari bekerja mulai jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Memberi maklum balas terhadap setiap aduan dan pertanyaan dalam tempoh tidak lewat dari tujuh (7) hari bekerja.
Fungsi
Memberi khidmat kursus tentang perakaunan dan kewangan sektor awam serta menjalankan penyelidikan dalam bidang perakaunan.
Alamat
Institut Perakaunan Negara Jabatan Akauntan Negara Malaysia Jalan 2, Sungai Lang 45100 Sabak Bernam Selangor Darul Ehsan Tel : 03-3217 2000 Faks : 03-3217 2021 Laman web: www.ipn.gov.my