Objektif
Menyepadukan semua pengurusan yang berkaitan dengan integriti di bawah sebuah unit yang khusus supaya inisiatif-inisiatif penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan, pengesanan salah laku dan tindakan punitif dapat dilaksanakan secara lebih fokus, terancang, efisen dan mencapai keberhasilan yang optimum.

Fungsi
Unit Integriti (UI) bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut:

  1. Tadbir Urus: Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan.
  2. Pengukuhan Integriti: Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.
  3. Pengesanan dan Pengesahan:
    • Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil.
    • Melaporkan salah laku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.
  4. Pengurusan Aduan: Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.
  5. Pematuhan: Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.
  6. Tatatertib: Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.

Alamat

Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Unit Integriti
Aras 6, Kompleks Kementerian Kewangan
No. 1, Persiaran Perdana
Presint 2
62594 Putrajaya
Tel: 03-8882 1593/1697/1226
Faks: 03-8889 5821
Emel: unit.integriti[@]anm[dot]gov[dot]my

image
image