Sukacita dimaklumkan Program Mobile Community Services sedang berlangsung di daerah Tambunan bermula 11hb sehingga 12hb September bertempat di Pisompuruan Square. Pejabat JANM Cawangan Keningau akan membuka booth semakan WTD dan menyampaikan perkhidmatan secara terus kepada rakyat melalui penerangan berkaitan WTD, kaunter semakan dan prosedur tuntutan bayaran balik WTD dalam program tersebut.

 

Program yang sama juga dijadualkan berlangsung di daerah Keningau pada 13hb sehingga 15hb bertempat di Padang Bandaran Keningau bersempena dengan sambutan Hari Malaysia.

 

Orang ramai dijemput hadir ke program ini untuk membuat semakan di Kaunter JANM Cawangan Keningau yang bermula seawal jam 8:30 pagi.

 

 

image