Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/ Puan,


KAJIAN KEBERKESANAN PERKHIDMATAN JANM NEGERI/ CAWANGAN 2019

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.    Adalah dimaklumkan bahawa BPOPP sedang mengumpul maklum balas pelanggan JANM Negeri dan Cawangan melalui Kajian Keberkesanan Perkhidmatan  melalui link seperti berikut:  

 

 https://forms.gle/hSs9ickLFQ69eThP6

 

Tarikh tamat kajian adalah dilanjutkan sehingga 8 November 2019 (Jumaat) jam 5.00 petang.

 

3. Dijemput pelanggan (PTJ/ Pejabat Pemungut/ Pusat Gaji/ Pusat Terimaan) untuk menjawab Kajian Keberkesanan ini.  Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap keberkesanan perkhidmatan JANM Negeri/ Cawangan serta cadangan penambahbaikan yang bersesuaian dapat dilaksanakan bagi meningkatkan tahap perkhidmatan.


4.    Diharapkan perkara ini mendapat kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/ puan. Segala usaha yang diberikan diucapkan ribuan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih

image