Tuan/puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

 

Dimaklumkan bahawa aktiviti menaiktaraf infrastruktur iGFMAS & sistem sokongan JANM akan dilaksanakan mulai Rabu, 29 Julai 2020 pukul 8.00 malam sehingga Sabtu,

1 Ogos 2020 pukul 11.00 malam. Sepanjang tempoh tersebut iGFMAS serta sistem sokongan JANM iaitu Portal Rasmi JANM, Portal Perakaunan Akruan, ePenyata Gaji & Laporan, eGUMIS, eMaklum, eVendor, ePenyata Pinjaman Komputer, SPWTD, AREF dan Active Directory TIDAK DAPAT DIAKSES. Keseluruhan sistem dijangka akan beroperasi seperti biasa mulai Sabtu, 1 Ogos 2020 pukul 11.01 malam.

 

* Sila rujuk emel pemakluman yang telah diemelkan kepada setiap PTJ pada 17 Julai 2020 berkenaan tindakan-tindakan penting yang perlu diambil sebelum tarikh pelaksanaan aktiviti tersebut dijalankan *

  

Sekian, terima kasih.

 

JANM Cawangan Keningau

image