Tuan/puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

 

Untuk makluman Tuan/Puan, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM) JANM telah mengaktifkan program housekeeping ID pengguna yang tidak aktif secara berperingkat di kesemua Pejabat Perakaunan dan Bahagian Akaun Kementerian. Program ini diwujudkan bagi memastikan hanya pengguna yang aktif dan sah sahaja menggunakan sistem iGFMAS.

 

Program ini dijalankan secara auto dan tindakan mengunci ID/Hapus ID pengguna adalah berdasarkan kepada kategori berikut :

 

i. 60 hari - pengguna yang TIDAK PERNAH login dan masih dalam initial password akan diberikan emel peringatan

ii. 90 hari - pengguna yang TIDAK PERNAH login dan masih dalam initial password dan ID telah dihapuskan secara automatik

iii.120 hari - pengguna yang TELAH TUKAR KATA LALUAN dan TIDAK LOGIN selama 120 hari berturut-turut diberi emel peringatan

iv. 150 hari - pengguna yang TELAH TUKAR KATA LALUAN dan TIDAK LOGIN selama 150 hari berturut-turut dan ID telah dikunci secara automatik

v. 180 hari - pengguna yang TELAH TUKAR KATA LALUAN dan TIDAK LOGIN selama 180 hari berturut-turut dan ID telah dihapuskan secara automatik

 

Jika pengguna tergolong dalam salah satu daripada kategori di atas dan ID telah dihapuskan, maka Tuan/Puan perlu menghantar semula borang permohonan capaian peranan iGFMAS yang baharu dan muatnaik ke Servicedesk dengan menyatakan justifikasi yang kukuh.

  

Oleh yang demikian, Tuan/Puan adalah dinasihatkan untuk membuat housekeeping pengguna iGFMAS secara dalaman dengan kadar segera bagi mengelakkan ID pengguna dihapuskan secara auto.

  

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Local Administrator (LA) Keningau.

  

Sekian, terima kasih.

 

image