SEMAKAN TEMPOH SAH LAKU SIJIL GPKI BAGI TOKEN PENGGUNA

Dimaklumkan Sijil GPKI Token Pengguna mempunyai tempoh sah laku selama 25 bulan dan pembaharuan sijil boleh dilakukan melalui laman web gpki.mampu.gov.my. Sijil GPKI yang telah tamat tempoh akan menyebabkan sebarang proses pengesahan/ kelulusan yang memerlukan Token Pengguna tidak dapat dijalankan. Oleh itu adalah dinasihatkan agar semua pengguna untuk membuat semakan tempoh sah laku Sijil GPKI masing-masing agar proses kerja di jabatan tuan/ puan berjalan dengan lancar tanpa mengganggu KPI yang telah ditetapkan. Kegagalan pihak tuan/ puan berbuat demikian bukan saja memberi kesan kepada jabatan masing-masing malah memberi kesan kepada pejabat JANM juga.

JANM Negeri Sabah
11 Jun 2020
image