Adakah pegawai layak dibayar EPW sekiranya pegawai mendiami rumah yang telah dibeli oleh pasangannya melalui pinjaman kerjaan?
Pegawai yang mendiami rumah yang dibeli oleh pasangan pegawai dengan pinjaman perumahan kerajaan di dalam stesen berkhidmat adalah layak diberi EPW.
(Rujuk Surat Edaran JPA(S) 63/151 Kit. 23(8) bertarikh 14.07.2009)
Pegawai yang diberi kuasa untuk mengakses e-laporan bagi peringkat jabatan / PTJ, hendaklah sentiasa diperbaharui secara online. Berapa lamakah tempoh masa yang dimaksudkan ?
Pegawai yang dilantik hendaklah sentiasa memperbaharui tempoh sah capaian setiap 3 bulan sekali. Sekiranya pegawai gagal berbuat demikian, pegawai tidak dapat mengekses laporan-laporan dan pegawai dikehendaki untuk memohon semula dengan mengemukakan Borang Lampiran A kepada Jabatan Akauntan Negara untuk memperbaharui.
Adakah pegawai yang bertukar wilayah perlu dibayar Elaun Perumahan Wilayah (EPW) atau boleh memilih untuk dibayar imbuhan tetap perumahan (ITP) ?
Pegawai yang bertukar wilayah boleh memilih samaada menerima EPW atau ITP dengan mengunakan Borang JPA(EPW) yang terdapat di dalam PP Bil. 11 Tahun 2001. Borang tersebut hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan untuk kelulusan.
Bolehkah pembayaran Elaun Gangguan dikebelakangkan sekiranya tempoh pertukaran telah lama berlalu?
Tidak. Jika terdapat kes dimana pegawai tidak dibayar Elaun Gangguan semasa dan selepas bertukar semula ke Wilayah asalnya, pembayaran boleh ditutut pada tarikh semasa dan tidak boleh dikebelakangkan dalam tempoh pertukaran yang telah lama berlaku.
Jabatan manakah yang bertanggungjawab membuat pembayaran Elaun Gangguan?
Elaun Gangguan adalah menjadi tanggungjawab pejabat terakhir pegawai berkhidmatan sebelum bertukar atau kembali ke wilayah asal. Elaun Gangguan hendaklah dibayar oleh jabatan sebelum pegawai bertukar berdasarkan gaji pegawai pada masa pertukaran berlaku.
Bilakah boleh mengemukakan tuntutan Elaun Gangguan?
Tuntutan Elaun Gangguan perlu dikemukakan oleh pegawai kepada Ketua Jabatan setelah arahan pertukaran dikeluarkan dan sebelum perpindahan berlaku atau dalam tempoh 3 bulan dari tarikh arahan pertukaran. Penetapan tempoh 3 bulan ini adalah selaras dengan peraturan semasa berhubung Elaun Bertukar/Berpindah Rumah sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 1995. Pembayaran Elaun Gangguan hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan pegawai.
Bilakah Elaun Memangku boleh dibuat bayaran?
Tarikh kuatkuasa pemangkuan seseorang pegawai adalah pada tarikh pegawai melaporkan diri untuk melaksanakan tugas jawatan yang dipangku.
Pemandu dikehendaki menghantar dan mengambil pegawai yang menghadiri mesyuarat atau kursus di luar kawasan, bolehkah pemandu tersebut menuntut bayaran lebih masa sedangkan pada tempoh tersebut tidak menjalankan tugas memandangkan pegawai sedang menghadiri mesyuarat/kursus?
Pemandu tidak layak menuntut elaun lebuh masa dalam tempoh tersebut. Walaubagaimanapun pegawai berkelayakkan mendapat elaun makan dan lain-lain elaun berkaitan dengan perjalanan.
Pemandu diarahkan bertolak dari pejabat pada pukul 9.00 malam. Adakah pemandu layak menuntut elaun lebih masa bermula dari pukul 5.00ptg hingga 9.00mlm?
Sekiranya seseorang pegawai telah meninggal / tidak hadir bertugas tanpa cuti selama beberapa ketiga, apakah tindakan segera yang perlu dilakukan?
Sekiranya ianya berlaku sebelum tarikh pembayaran gaji, PTJ / Ketua Jabatan perlu menghubungi dan mengemukan surat permohonan ke Jabatan Akauntan Negara untuk proses penahanan gaji di bank. Namun demikian, perubahan gaji SG20 perlu dikemukakan ke Jabatan Akauntan Negara untuk membuat penamatan (T49) / tahan gaji sementara (T44) pada bulan berikutnya.
Berapa bilangan aksara bagi perihal untuk bayaran kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibayar melalui Baucer Bayaran Berasingan?
Hendaklah mematuhi penggunaan 20 aksara di ruangan perihal bayaran, iaitu 9 digit pertama – No. Rujukan Majikan, 6 digit – Bulan dan Tahun Caruman, 1 digit – Jenis Bayaran (A atau D) dan 4 digit – Kod Negeri (Kedah – 0020).
Apakah yang perlu dilakukan apabila berlakunya pertukaran kod aktiviti / PTJ?
Sekiranya hanya terdapat sedikit perubahan sahaja, PTJ perlu membuat pertukaran kod aktiviti / PTJ di dalam SG20 untuk pegawai-pegawai yang berkaitan sahaja. Sekiranya terdapat ramai pegawai atau semua pegawai terlibat, PTJ dikehendaki menyediakan dalam format excel (Softcopy dan hardcopy) yang telah disahkan oleh Ketua PTJ bersama-sama surat permohonan dan kemukakan ke Jabatan Akauntan Negara untuk tindakan. Maklumat yang perlu ada dalam format excel ialah nama pegawai terlibat, No. Gaji, Aktiviti / PTJ Baru dan Aktiviti / PTJ Lama.
Apakah dokumen yang diperlukan sekiranya PTJ ingin mewujudkan / perubahan berkaitan dengan Pusat Pembayaran?
Dokumen yang diperlukan adalah :
- Borang SG10 yang lengkap diisi dan diperakui oleh Ketua Jabatan
- Sijil Pendaftaran KWSP Majikan
- Sijil Pendaftaran LHDN Majikan
- Surat Arahan dan kelulusan
- Salinan Waran Peruntukan