JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA CAWANGAN SIBU telah ditubuhkan pada tahun 1979 di atas nama Federal Accounting Unit (FAU), terletak di salah sebuah lot bangunan swasta di Jalan Tunku Osman di bandar Sibu. Anggota JANM pada masa itu mempunyai empat orang pegawai dan diketuai oleh Encik Alfred Alias serta anggota-anggota yang lain terdiri daripada Encik Bolhassan Bakri, Encik Omar Hassan dan Encik Sahari Razak. 

 

 

Pada tahun 1981, pejabat FAU telah berpindah ke lokasi baru, iaitu di Wisma Persekutuan, Blok 1, Tingkat 1, Jalan Awang Ramli Amit, Sibu. Pada tahun tersebut, nama FAU telah digantikan secara rasminya kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Cawangan Sibu. Pada akhir tahun 2010, jabatan ini telah menduduki Tingkat 2 sepenuhnya di bangunan tersebut selaras dengan pertambahan perjawatan pejabat. JANM SIBU kini mempunyai sebanyak 36 orang kakitangan.

Berikut adalah senarai Ketua Pejabat JANM Sibu sehingga ke hari ini:

 Bil Nama Pengarah Jawatan Tahun Berkhidmat
1. Encik Alfred Alias Penolong Kanan Akauntan 1979 - 1983
2. Encik Mat Husin Penolong Kanan Akauntan 1983 - 1984
3. Encik Shahrom bin Haji Aman Penolong Kanan Akauntan 1984 - 1985
4. Encik Abdullah bin Haji Ali Pegawai Kerja Akaun Tinggi (PKAT) Jan 1985 - Jul 1992
5. Encik Mohd Redzuan bin Hassan Akauntan Perbendaharaan Jun 1985 - Okt 1989
6. Encik Maznon bin Mamat Akauntan Perbendaharaan Nov 1989 - Jul 1993
7. Encik Kamaruddin bin Mohd Janor Penolong Pengarah Kawasan 1993 - 1995
8. Encik Saffi bin Nadzir Penolong Pengarah Kawasan 1995 - 1996
9. Encik Nik Shukri bin Nik Soh Pengarah Cawangan 1996 - 1998
10. Encik McKevin anak Toni Pengarah Cawangan 1998 - 2002
11. Encik Tan Chee Phin Pengarah Cawangan 2002 - 2005
12. Puan Brenda Marajan Pengarah Cawangan 2005 - 2009
13. Encik Fredrick Gupong anak Tawan Pengarah Cawangan 2009 - 2015
14. Puan Azamimah binti Alwi Pengarah Cawangan 2015 - 2017
15. Encik Amiruddin bin Abd Manaf Pengarah Cawangan 1 Ogos 2017 - 9 Nov 2019


*Berdasarkan sumber informasi terhad

 

image