Pengenalan

Pengenalan Hari inovasi dan Integriti JANM bagi tahun 2013 diadakan pada dengan tema “Inovasi dan Integriti Merealisasi Perakaunan Akruan”. Program ini telah dijalankan di Dewan Serbaguna Aras 7, Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Aktiviti – Aktiviti yang dijalankan

  • Ceramah Hari Inovasi dan Integriti
  • Hari Bertemu Pelanggan (HBP)
  • Pertandingan Mencipta Tema Hari Inovasi
  • Pertandingan Mencipta Sajak Inovasi
  • Anugerah Pekerja Inovatif dan Kreatif
  • Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif
  • Lawatan Inovasi
  • Pertandingan Koir Inovasi Peringkat Kementerian Kewangan

Ceramah Inovasi dan Integriti


Ceramah Inovasi dan integriti telah diadakan pada 17 September 2013. Antara ceramah yang diadakan ialah:

  1. Ceramah Integriti ­ Bila Hadiah menjadi Rasuah (Pn Rasidah bt Abd Karim). Wakil dari MACA
  2. Ceramah Inovasi:
  • Inovasi dalam Kosmetik Tradisional (Dr. Mariani bt Abdul Hamid) Wakil dari UTM Johor Bahru.
  • Inovasi Pengurusan Kewangan (Mohd Hairay b. Md Yusof) Wakil dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Hari Bertemu Pelanggan (HBP)JANM

Hari bertemu Pelanggan (HBP) telah diadakan pada 11 September 2013 bertempat di Dewan Serbaguna JANM, Aras 7. Yang dirasmikan oleh Ybhg. Datuk Wan Selamah binti Wan Sulaiman. Program ini diadakan bagi menyebarkan maklumat, penyelesaian masalah pelanggan JANM, Menghebahkan aktiviti terkini JANM dan merapatkan hubungan baik dengan pihak yang terlibat dengan JANM. Maklumat disalurkan secara terus kepada pelanggan dan pelanggan akan mudah untuk memahami saluran maklumat yang yang tepat dan padat.

Pertandingan Mencipta Tema Hari Inovasi

Untuk pertandingan ini, tiada pemenang memandangkan tiada yang menepati kiriteria untuk tema tahun ini, Namun hadiah saguhati diberikan kepada dua peserta yang temanya sedikit sebanyak digunakan untuk tema tahun ini.

Pemenang saguhati ini adalah

  1. Suziana Bt Lipoh (JANM caw. Sandakan)
  2. Haslindah Bt Abdul Hassan (JANM caw. Sandakan)

Pertandingan Mencipta Sajak Inovasi


Tempat pertama : Huzaimah bt Bujang
Tempat kedua : Julia bt Kasdi
Tempat ketiga : Fatimah bt Jimadi

Anugerah pekerja Inovatif dan Kreatif


Kategori Pengurusan & Profesional

Tempat pertama : Alecia Sinun
Tempat kedua : Nurul Irene bt Saman

Kategori Kumpulan Pelaksana

Tempat pertama : Prak Khin A/L Thip Pha Yak
Tempat Kedua : Abdul Samad bin Asmawi@Haji Ismail
Tempat Ketiga : Jumathial bt Tandus

Konvensyen Kumpulan Inovasi dan Kreatif

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JANM telah diadakan pada 29 September hingga 2 Oktober 2013 di Institut Perakaunan Negara (IPN), Sabak Bernam. Konvensyen KIK ini telah disertai oleh 32 kumpulan yang mewakili Bahagian, Cawangan dan Negeri JANM masing-masing. Pada konvensyen kali ini, terdapat 3 kategori baru yang dipertandingkan iaitu, Buku Projek Terbaik, Persembahan terbaik dan Pameran terbaik.
Berikut ialah pemenang bagi konvensyen tersebut :

  • Tempat Pertama : JANM Cawangan Kuching
  • Tempat Kedua : JANM Melaka
  • Tempat Ketiga : JANM Cawangan Miri
  • Buku Projek Terbaik : BPOPA
  • Persembahan Terbaik : BPAS
  • Pameran Terbaik : JANM Negeri Pulau Pinang

Lawatan Inovasi

Lawatan dan ceramah inovasi turut diadakan sebelum hari inovasi berlansung. Antara Lawatan inovasi ialah:-

  • 17 Mei 2013 - Lawatan Inovasi ke Yayasan Inovasi Malaysia
  • 23 Mei 2013 – Lawatan Inovasi ke Lim Kok Wing Cyberjaya.
  • 28 Jun 2013 – Lawatan Inovasi ke Jabatan Akauntan Johor dan UTM Skudai

Pertandingan Koir Inovasi peringkat Kementerian Kewangan

Pertandingan ini telah disertai oleh lapan (8) agensi iaitu Perbendaharaan Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Akauntan Negara (JANM), Bank Negara Malaysia (BNM), Bank Simpanan Nasional (BSN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Pertandingan ini telah diadakan pada 23 September di Auditorium 1,Aras 1 Kementerian Kewangan. Antara pemenang adalah:

Tempat Pertama : Bank Negara Malaysia(BNM)
Tempat Kedua : Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta(JPPH)
Tempat Ketiga : Perbendaharaan Malaysia
Tempat Keempat : Jabatan Kastam Diraja Malaysia(JKDM)
Tempat Kelima : Jabatan Akauntan Negara Malaysia(JANM)
Tempat Keenam : Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN)
Tempat Ketujuh : Bank Simpanan Nasional(BSN)
Tempat Kelapan : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP)

image