Institut Perakaunan Negara (IPN) adalah merupakan satu bahagian di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang ditubuhkan bertujuan untuk membangun dan mempertingkatkan kompetensi penjawat awam khususnya di dalam bidang kewangan dan perakaunan.


IPN sebagai salah sebuah Institut Latihan Awam telah diiktiraf sebagai ‘core centre’ kursus Generik Kewangan berkuat kuasa mulai 29 Jun 2010 berdasarkan surat edaran daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dengan rujukan fail JPA(S)(BPO)215/65Klt.22(7) bertarikh 29 Jun 2010. IPN menawarkan kursus perakaunan, kewangan, pengauditan dan sistem maklumat perakaunan. Berikut adalah senarai Kursus Generik Kewangan di IPN:

 

1. Asas Perakaunan Kerajaan
2. Perakaunan Terimaan dan Hasil Kerajaan
3. Sistem Pembayaran Kerajaan
4. Kawalan Perbelanjaan
5. Perakaunan Amanah, Deposit dan Panjar
6. Perakaunan Akruan (Asas)
7. Perakaunan Akruan (Pertengahan)
8. Sistem Belanjawan Negara
9. Gaji, Elaun dan Kemudahan Penjawat Awam
10. Pengurusan Aset dan Stor
11. Pengurusan Perolehan Kerajaan
12. Akauntabiliti Dalam Pengurusan Kewangan
13. Asas Pengurusan Kewangan

image