Sistem Pengurusan Perundingan (Consultancy Management System - COMS) merupakan salah satu inisiatif Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) di bawah pelan strategik pengurusan teknologi maklumat (ICT) bagi menambahbaik mutu perkhidmatan perundingan dan proses permohonan kelulusan-kelulusan yang tertakluk di bawah bidang kuasa jabatan ini.


Inisiatif ini adalah selaras dengan peningkatan bilangan perundingan dan permohonan berkaitan JANM yang diterima daripada pihak kerajaan, orang awam mahupun swasta.


Sistem ini memberi nilai tambah kepada perkhidmatan JANM dengan membolehkan perundingan dan permohonan dilaksanakan secara dalam talian dan secara elektronik sekaligus meningkatkan kecekapan dan ketelusan proses perundingan dan permohonan.


Sebagai permulaan, terdapat 10 modul yang dilaksanakan menerusi COMS, iaitu:

 

  1. Khidmat Nasihat bagi perundingan berkaitan tatacara kewangan dan perakaunan di bawah bidang kuasa JANM (KN);
  2. Kelulusan Reka Bentuk Sistem Perakaunan untuk Badan Berkanun (RSAGA);
  3. Kelulusan Reka Bentuk Saluran Bayaran dan Terimaan bagi Kerajaan Persekutuan (KSTB);
  4. Pensijilan SAGA (Standard Accounting System for Government Agencies);
  5. Kelulusan Agensi Bayaran Pukal (SBP);
  6. Kelulusan Agensi Potongan Gaji (APG);
  7. Kelulusan Pengecualian Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM)(SPP);
  8. Penghantaran Statistik Bayaran dan Terimaan Dalam Talian (STATS);
  9. Penghantaran Data Activity Based Costing JANM (ABC); dan
  10. Tempahan Bilik Mesyuarat (penggunaan dalaman).

 

COMS telah sedia untuk digunakan secara berfasa sejak Januari 2016 melalui URL berikut:

 

http://coms.anm.gov.my/comsv1/index.php

 

image
image