Pengumuman Penting

  1. Mulai tahun 2015, syarikat/firma tidak perlu menyerahkan Borang UMA-3 kepada Percetakan Nasional Malaysia (PNMB). Syarikat/firma adalah dikehendaki untuk menyerah wang, cakera padat (CD), borang serahan WTD (Borang UMA-4) dan daftar WTD (ketiga-tiga salinan asal Daftar WTD Borang UMA-3) terus kepada pejabat Pendaftar di Aras 42, Menara Maybank, Kuala Lumpur.

  2. Tiada sebarang caj dikenakan ke atas permohonan bayaran WTD.

  3. Kementerian Kewangan atau  Pendaftar Wang Tak Dituntut tidak pernah melantik mana-mana individu/firma/syarikat sebagai orang tengah atau agen untuk urusan tuntutan bayaran balik Wang Tak Dituntut.

Pendaftar Wang Tak Dituntut

Pendaftar adalah bertanggungjawab untuk menjalankan kewajipan dan fungsi yang terletak di bawah Bahagian II, Akta Wang Tak Dituntut 1965 seperti berikut :

  1. Pemegang amanah terhadap WTD yang diterima.
  2. Membayar balik WTD kepada empunya WTD sekiranya terdapat permohonan tuntutan.
  3. Memeriksa rekod syarikat atau firma bagi memastikan kepatuhan peruntukan Akta.
  4. Mencadangkan kompaun dan hukuman denda terhadap syarikat atau firma yang gagal mematuhi peruntukan Akta.

Akta Wang Tak Dituntut


Akauntan Negara Malaysia telah dilantik oleh Menteri Kewangan sebagai Pendaftar Wang Tak Dituntut (WTD) pada 1 Jun 1975. 
Perlantikan Pendaftar Wang Tak Dituntut menurut Seksyen 9 (1) dan Seksyen 9 (2) Akta Wang Tak Dituntut 1965 adalah seperti berikut : 

P.U.(B) 221

"Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh Seksyen-Kecil (1) Seksyen 9 Akta Wang Tak Dituntut 1965, Menteri Kewangan telah melantik Akauntan Negara sebagai Pendaftar Wang Tak Dituntut mulai daripada 1 haribulan Jun, 1975."

[Perb.(12.20) 443/34 - 1 Jld.2;P.N.(PU2)254.]
 
"Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh Subseksyen (12) Seksyen 9 Akta Wang Tak Dituntut 1965, Menteri Kewangan telah melantik Timbalan    Akauntan Negara sebagai Timbalan Pendaftar Wang Tak Dituntut mulai daripada 1 haribulan Oktober, 1984."

[Perb.(12.20) 443/34 - 1 Jld.2;P.N.]

 

Klik sini untuk lihat Akta Wang Tak Dituntut 1965 sepenuhnya

Definisi Wang Tak Dituntut

  1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.

    Contoh dibawah kategori ini ialah:
    •  gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
    •  dividen;
    •  keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
    •  tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
    •  draf bank, cashier's order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
    •  simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
    •  cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
    •  Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

  2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun.

    Contoh dibawah kategori ini ialah:
    •  akaun simpanan;
    •  akaun semasa;
    •  Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).

  3. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun.
    •  akaun pemiutang dagangan
    •  akaun penghutang dagangan berbaki kredit

Siapa Wajib Mematuhi Akta Wang Tak Dituntut 1965

  •  Syarikat yang ditubuhkan di bawah peruntukan Akta Syarikat 1965, termasuk syarikat asing yang ditetapkan di bawah Bab 2 Bahagian XI Akta tersebut;
  •  Lembaga yang ditubuhkan untuk menguruskan kumpulan wang berkaitan dengan faedah-faedah persaraan;
  •  Pertubuhan dan koperasi yang didaftarkan;
  •  Perbadanan, pihak berkuasa awam dan kesatuan sekerja; dan
  •  Firma iaitu pihak-pihak yang bersatu bagi menjalankan perniagaan.

Sesi Taklimat Program Kesedaran Akta Wang Tak Dituntut

Taklimat kesedaran mengenai Akta Wang Tak Dituntut 1965 diadakan setiap bulan dan dianjurkan oleh setiap JANM negeri.

Maklumat jadual dan tempat taklimat boleh diperolehi di Jadual Taklimat.

 

Sebelum menghadiri taklimat, peserta dikehendaki untuk mengisi Borang Pengesahan Kehadiran dan perlu menghantar borang tersebut kepada urusetia taklimat.

 

Pemeriksaan Wang Tak Dituntut adalah untuk memastikan syarikat/firma mematuhi peruntukan di bawah Akta Wang Tak Dituntut 1965. Hanya pegawai yang diberikan kuasa sahaja  dibenarkan untuk melakukan pemeriksaan ke atas akta ini. Maklumat pegawai pemeriksa adalah seperti di Senarai Pegawai Pemeriksa.

Serahan Wang Tak Dituntut

Seksyen 10 Akta Wang Tak Dituntut 1965, syarikat/firma bertanggungjawab untuk perkara berikut:

 

  1. Menyelengggara dan menyimpan satu daftar bagi wang yang tidak dituntut sehingga 31 Disember mengikut format yang ditetapkan oleh Pendaftar WTD.

  2. Menyerahkan wang beserta dengan daftar wang tak dituntut tidak lewat dari 31 Mac tahun berikutnya.

  3. Mengemukakan daftar wang tak dituntut bagi tujuan pewartaan.

 

Mulai tahun 2016, bayaran serahan WTD adalah melalui Online Banking.

Syarikat/firma perlu mengemukakan perkara berikut semasa membuat serahan WTD:

Sila Rujuk Senarai Semak Dokumen Serahan WTD

 

Prosedur serahan WTD 2017 (bagi tahun berakhir 31 Disember 2016)

 Notis Makluman Serahan WTD Bagi Tahun 2017

 

Bil. Dokumen / Panduan  PDF
Word Excel
1. Notis Makluman Serahan WTD Bagi Tahun 2017      *Baharu*

 Muat Turun

   
2. Carta Alir Proses Serahan WTD Bagi Tahun 2017

 Muat Turun

 

 

3. Garis  Panduan  Serahan  WTD (Edisi  2016)

 Muat Turun

   
4. Borang Daftar Wang Tak Dituntut [ UMA-3 (Pin.1/2002) ]

 Muat Turun

 

 Muat Turun

  4.1   Panduan Mengisi Borang [ UMA-3 (Pin.1/2002) ]  Muat Turun    
 
4.2   Contoh Mengisi Borang [ UMA-3 (Pin.1/2002) ]

 Muat Turun

   
 5. Borang Serahan Wang Tak Dituntut [ UMA-4 (Pin.1/2016) ]

 Muat Turun

 Muat Turun  
  5.1   Panduan Mengisi Borang [ UMA-4 (Pin.1/2016) ]

 Muat Turun

   
  5.2   Contoh Mengisi Borang [ UMA-4 (Pin.1/2016) ]  Muat Turun    
 6. Format Daftar WTD Dalam Softcopy      Muat Turun
  6.1  Panduan Mengisi Daftar WTD

 Muat Turun

   
 7. Senarai Semak Dokumen Serahan WTD

 Muat Turun

 Muat Turun  

Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD)

Seksyen 13(1), Akta WTD 1965

• Apabila Pendaftar WTD berpuashati bahawa pemohon adalah empunya yang sah, Pendaftar akan membayar kepada pemohon WTD dari Akaun Amanah Disatukan atau Akaun Hasil Disatukan.

• Pemohon perlu menyakinkan Pendaftar WTD bahawa beliau adalah empunya sah atau mempunyai hak di sisi undang-undang ke atas WTD tersebut.

• Tiada tempoh masa yang dihadkan bagi permohonan tuntutan WTD.

• Pendaftar WTD telah menetapkan garis panduan permohonan tuntutan WTD dengan menyenaraikan dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan (Sila rujuk Brosur Garis Panduan Permohonan Tuntutan WTD).

Bil. Dokumen / Panduan  PDF  Word
1. Brosur Garis Panduan Permohonan Tuntutan WTD .     *Penting*

 Muat Turun

 

2. Borang Permohonan Bayaran Balik WTD [ UMA-7 ( Pin.1/2015) ]

 Muat Turun

 Muat Turun

3. Contoh Mengisi Borang Permohonan Bayaran Balik WTD [ UMA -7 (Pin. 1/2015) ]

 Muat Turun

 
4. Borang Bon Tanggungrugi [ UMA-8 (Pin. 1/2016) ]  *Baharu*

 Muat Turun

 Muat Turun

5. Contoh Mengisi Borang Bon Tanggungrugi [ UMA-8 (Pin. 1/2016)  ]  :    
  5.1  Contoh Borang Bon Tanggungrugi oleh waris.

 Muat Turun

 
  5.2  Contoh Borang Bon Tanggungrugi oleh syarikat / firma yang mendahulukan bayaran.

 Muat Turun

 
  5.3  Contoh Borang Bon Tanggungrugi bagi permohonan bank deraf oleh syarikat / firma.

 Muat Turun

 
6. Contoh Surat Pengesahan WTD dari syarikat/firma :    
  6.1  Contoh Surat Pengesahan bagi WTD (Insurans, Gaji, Dividen, Deposit TNB, Syabas, TM, dan lain-lain).

 Muat Turun

 
  6.2  Contoh Surat Pengesahan bagi WTD (Akaun Simpanan, Akaun Semasa atau Simpanan Tetap).

 Muat Turun

 
  6.3  Contoh Surat Pengesahan bagi WTD (Banker's Cheque, Bank Deraf, Demand Draft atau Cashier Order)

 Muat Turun

 

Sekuriti Tak Dituntut

  1. Sekuriti tak dituntut adalah terdiri daripada saham, bon dan lain-lain instrumen kewangan orang awam yang telah dipindahkan kepada Kerajaan atas nama Menteri Kewangan dan Akauntan Negara Malaysia berdasarkan Akta-akta yang berkuatkuasa. Walaupun sekuriti ini telah dipindahkan ke atas nama Menteri Kewangan atau Akauntan Negara Malaysia, rekod mengenai pemilik asal masih diselenggara oleh Kerajaan bagi tujuan memulangkan sekuriti/hasilnya kepada pemilik/warisnya di satu masa hadapan.

  2. Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia merupakan pemegang amanah bagi sekuriti yang tak dituntut seperti termaktub di bawah Seksyen 14,Seksyen 29 dan Seksyen 30 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA), Sekyen 65 Akta Pemegang Amanah 1949, Seksyen 36 Akta Syarikat Amanah 1949 dan Seksyen 353 Akta Syarikat 1965.

  3. Kesemua terimaan dalam bentuk dividen, faedah dan hasil jualan sekuriti adalah diakrukan terlebih dahulu dalam rekod kepada pemilik sebelum wang tersebut diserah kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut. Wang yang diserah tersebut adalah tertakluk kepada Akta Wang Tak Dituntut 1965 dan pemilik/pengganti/warisnya boleh membuat tuntutan bila-bila masa kerana tiada had masa dikenakan.

Senarai Semak – Permohonan Bayaran Balik Hasil Jualan/Dividen/Faedah Sekuriti di bawah 
Seksyen 14/29/30 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat (Pindaan)(No.2) 1998

 

Bil Tajuk   
1 Senarai Semak Muat Turun
2 UMA-8 Muat Turun

image
image