Akauntan Negara Malaysia telah dilantik oleh Menteri Kewangan sebagai Pendaftar Wang Tak Dituntut (WTD) pada 1 Jun 1975.

 

Perlantikan Pendaftar Wang Tak Dituntut menurut seksyen 9 (1) dan seksyen 9 (2) Akta Wang Tak Dituntut 1965 adalah seperti berikut :

P.U.(B) 221

 

"Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen-kecil (1) seksyen 9 Akta Wang Tak Dituntut 1965, Menteri Kewangan telah melantik Akauntan Negara sebagai Pendaftar Wang Tak Dituntut mulai daripada 1 haribulan Jun, 1975."

[Perb.(12.20) 443/34 -1 Jld.2;P.N.(PU2)254.]

 

"Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh subseksyen (2) seksyen 9 Akta Wang Tak Dituntut 1965, Menteri Kewangan telah melantik Timbalan Akauntan Negara sebagai Timbalan Pendaftar Wang Tak Dituntut mulai daripada 1 haribulan Oktober, 1984."

[Perb.(12.20) 443/34 -1 Jld.2;P.N.]

 

 

Klik sini untuk lihat Akta Wang Tak Dituntut 1965 sepenuhnya

image