Definisi Wang Tak Dituntut

  1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.

    Contoh dibawah kategori ini ialah:
    •  gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
    •  dividen;
    •  keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
    •  tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
    •  draf bank, cashier's order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
    •  simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
    •  cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
    •  Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

  2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun.

    Contoh dibawah kategori ini ialah:
    •  akaun simpanan;
    •  akaun semasa;
    •  Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).

  3. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun.
    •  akaun pemiutang dagangan
    •  akaun penghutang dagangan berbaki kredit

Siapa Wajib Mematuhi Akta Wang Tak Dituntut 1965

  •  Syarikat yang ditubuhkan di bawah peruntukan Akta Syarikat 1965, termasuk syarikat asing yang ditetapkan di bawah Bab 2 Bahagian XI Akta tersebut;
  •  Lembaga yang ditubuhkan untuk menguruskan kumpulan wang berkaitan dengan faedah-faedah persaraan;
  •  Pertubuhan dan koperasi yang didaftarkan;
  •  Perbadanan, pihak berkuasa awam dan kesatuan sekerja; dan
  •  Firma iaitu pihak-pihak yang bersatu bagi menjalankan perniagaan.

image
image