Pendaftar adalah bertanggungjawab untuk menjalankan kewajipan dan fungsi yang terletak dibawah Bahagian II, Akta Wang Tak Dituntut 1965 seperti berikut :

 

  1. Pemegang amanah terhadap WTD yang diterima.
  2. Membayar balik WTD kepada empunya WTD sekiranya terdapat permohonan tuntutan.
  3. Memeriksa rekod syarikat atau firma bagi memastikan kepatuhan peruntukan Akta.
  4. Mencadangkan kompaun dan hukuman denda terhadap syarikat atau firma yang gagal mematuhi peruntukan Akta.
image