PENUBUHAN JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA CAWANGAN KAPIT,SARAWAK

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Kapit, Sarawak telah ditubuhkan pada 02 Januari 1980 di bawah seliaan Jabatan Akautan Negara Malaysia Negeri Sarawak. Pejabat pertama beroperasi di tingkat bawah 65 Jalan Tiong Ung Hong yang dianggotai seramai 6 kakitangan yang terdiri daripada pembantu tadbir (2 orang), Jurutapi (1 orang), Pembantu Am Pejabat (1 orang), Pembantu rendah awam (1 orang) dan Pegawai Keselamatan (1 orang). Pada bulan ogos 1980, tambahan seramai dua kakitangan Operator Mesin Pemprosesan Data bagi menganggotai JANM Kawasan Kapit telah diluluskan untuk mengendalikan kemasukan data yang diguna pakai ketika itu yang dikenali sebagai Branch Accounting System (BAS).

 

Pusat Tanggungjawab dibawah seliaan Pejabat Perakaunan JANM Kawasan Kapit adalah pejabat Pendidikan Daerah Song, Pelajaran Dearah Kapit, Pejabat Pelajaran Daerah Belaga, Pejabat Kesihatan Kapit, Hospital Kapit dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit.

 

Pada tahun 1982, perjawatan JANM kawasan Kapit telah dinaik tarafkan dan diketuai oleh Penolong Akauntan Gred W32 iaitu En, Mohd Shah bin Mohammad. Bagi menampung penambahan kakitangan dan memberi perkhidmatan yang lebih selesa Pejabat JANM Kawasan Kapit telah berpindah ke bangunan baru yang terletak bersebelahan pejabat lama dengan menyewa keseluruhan bangunan tersebut dari tingkat bawah ke tingkat 3.

 

Pada tahun 1997, Pejabat JANM Kawasan Kapit telah mendapat bangunan baru di Wisma Persekutuan Kapit, Pejabat baru ini telah dianggotai seramai 7 kakitangan. Pada tahun 2006, JANM Cawangan Kapit telah mengalami perubahan dari segi landskap perakaunan dari Branch Accounting System ke Government Financial Management Acconting System (GFMAS).

 

Kini pejabat JANM Cawangan Kapit beroperasi dengan 29 anggota dan Pusat Tanggungjawab dibawah selian JANM cawangan Kapit telah bertambah kepada 32 Pusat Tanggungjawab.

 

sej

image