latar-belakang-janm-kedah

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Kedah ditubuhkan pada tahun 1975 dan telah ditempatkan di Tingkat 3, Bangunan UMBC, Jln Raja, Alor Star Kedah. Selaras dengan perkembangan semasa JANM Negeri Kedah telah berpindah ke Wisma Prudential pada tahun 1984, Bangunan KWSP pada tahun 2006 dan seterusnya di Bangunan Kerajaan Persekutuan Anak Bukit pada tahun 2009.

 

JANM Negeri Kedah yang digerakkan oleh seramai 102 orang pegawai dan kakitangan, diketuai oleh Pengarah Negeri (Akauntan Gred 54). JANM Negeri Kedah terbahagi kepada 2 seksyen utama iaitu Seksyen Operasi dan Seksyen Pengurusan Jabatan ini juga bertanggungjawab memberi perkhidmatan kepada 289 Pusat Tanggungjawab, 234 Pusat Terimaan dan 924 Pusat Pembayaran Gaji di seluruh Negeri Kedah.

 

Seksyen Operasi yang diketuai oleh Timbalan Pengarah (Akauntan Gred W52) terdiri daripada beberapa Unit iaitu Unit Akaun, Unit Bayaran, Unit Gaji dan Unit Teknologi Maklumat. Seksyen Pengurusan pula diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah (Akauntan Gred W48) yang bertanggungjawab kepada Unit Pentadbiran, Unit Perundingan, Unit Wang Tak Dituntut dan Unit Aset & Harta Modal.

 

Berikut adalah senarai Pengarah yang berkhidmat di JANM Negeri Kedah dari 1975 sehingga sekarang:

 

BIL TAHUN NAMA
1

1975-1976

En. Khoo Eng Lam
2 1976-1977 Pn. Che Asiah Binti Che Omar
3 1977-1978 En. C. Perumal
4 1978-1979 Pn. Che Asiah Binti Che Omar
5 1979-1981 En. Ambotang Bin Hj Abd Hamid
6 1981-1982 Pn. Che Norehan Binti Yahaya
7 1982-1984 En. M. Balakrishnan
8 1984-1986 Pn. Nik Hapsah Binti Nik Hassan
9 1986-1990 Pn. Hawazain Binti Shaari
10 1990-1993 En. Omar Bin Muslim
11 1993-1994 En. Chiang Theng Keow
12 1994-1997 En. Pukhari Bin Samsuri
13 1997-2001 En. Roslan Bin A. Rahman
14 2001-2006 Pn. Jee Kieh Hua
15 2006-2009 Pn. Hjh. Rosmah Binti Ismail
16 2010-2011 En. Roslan Bin A. Rahman
17 2012-2014 En. Nazlan Bin Bodin
18 2014-sekarang En. Annamalai A/L L. Singaram
image