Tahun 2016

Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun Kewangan 2015

 

JANM Negeri Kelantan telah menerima Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2015 dengan mendapat taraf 5 bintang bagi anugerah tersebut. 

YBhg. Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara telah menyampaikan anugerah tersebut kepada En Ab Ghafar Bin Sulaiman iaitu Pengarah JANM Kelantan pada 27 September 2016 bertempat di Dewan Taklimat ICU, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. 

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua Warga JANM Negeri Kelantan di atas anugerah yang diterima dan dengan adanya penarafan ini, JANM Negeri Kelantan boleh mengukur trend tahap pencapaian dan menjadi asas bagi penandaarasan ke arah penambaikan dan kecemerlangan. Semoga kecemerlangan Pengurusan Kewangan di Jabatan ini dapat sentiasa dikekalkan prestasinya.

image