Tahun 2016

Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun Kewangan 2015

JANM Negeri Pahang telah menerima Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2015 dengan mendapat taraf 5 bintang bagi anugerah tersebut.

YBhg. Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara telah menyampaikan anugerah tersebut kepada Pn Hawariah binti Idris iaitu Pengarah JANM Pahang pada 27 September 2016 bertempat di Dewan Taklimat ICU, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua Warga JANM Negeri Pahang di atas anugerah yang diterima dan dengan adanya penarafan ini, JANM Negeri Pahang boleh mengukur trend tahap pencapaian dan menjadi asas bagi penandaarasan ke arah penambaikan dan kecemerlangan. Semoga kecemerlangan Pengurusan Kewangan di Jabatan ini dapat sentiasa dikekalkan prestasinya.

 

Tahun 2015

JANM Negeri Pahang telah dianugerahkan Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)bagi Kategori CEMERLANG oleh MAMPU berkuatkuasa mulai 13 Mei 2015 sah sehingga 14 April 2017.

Sijil-5S-2014-209x300

Tahun 2013

JANM Negeri Pahang telah dianugerahkan Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 2013/2014 oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) berkuatkuasa mulai 17 April 2013.

APC-2013

Tahun 2012

JANM Negeri Pahang telah dianugerahkan Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 2012/2013 oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada 21 Mac 2012.Pn Muhazlizawati Binti Mohd Bakri iaitu juruaudit dari pihak MPC telah memberi markah sebanyak 89.62% bagi pensijilan kali ke-2 ini.

APC-2013

Tahun 2011

Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 2011/2012 telah dianugerahkan kepada JANM Negeri Pahang oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada 22 Mac 2011 dan mendapat markah sebanyak 89.50% secara keseluruhannya.

APC-2013

Tahun 2010

Kumpulan iPerintis(Minda Kreatif) telah menjadi Johan dalam Pertandingan Kumpulan Inovatif & Kreatif JANM Peringkat Zon Timur bagi tahun 2010 yang telah diadakan pada pada 26 Julai 2010 di Terengganu Darul Iman dan layak ke Konvensyen KIK Peringkat Jabatan.

APC-2013

Tahun 2009

Bersempena Sambutan Hari Inovasi & Integriti Tahun 2009, JANM Negeri Pahang telah diiktiraf sebagai Johan bagi Pertandingan Pejabat Perakaunan Terbaik Tahun 2009 (Kategori Mega)

APC-2013

image