Wisma Central   Paramount   komtar

 

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang (JANMPP) telah ditubuhkan pada bulan September 1977. JANMPP bermula dari satu bangunan yang kecil di Wisma Central, Jalan Macalister, Pulau Pinang dan diketuai oleh Tuan C.Perumal. Jabatan ini kemudiannya berpindah ke Bangunan Paramount di alamat 48E Jalan Northam pada bulan 8 April 1982 dan seterusnya berpindah ke tingkat 42, KOMTAR pada 1 November 1985. 

 

Sejak ditubuhkan, peranan dan fungsi JANMPP telah mengalami beberapa perubahan selaras dengan perkembangan Jabatan Akauntan Negara Malaysia khususnya dan sektor awam amnya. JANMPP yang mempunyai seramai 92 orang pegawai dan kakitangan yang diketuai oleh Pengarah Negeri (Akauntan Gred W54). JANMPP terbahagi kepada dua seksyen utama iaitu  Seksyen Operasi dan Seksyen Pengurusan. Jabatan ini juga bertanggungjawab memberi perkhidmatan kepada 209 Pusat Tanggungjawab di seluruh Negeri Pulau Pinang.

 

Seksyen  Pemantauan  yang diketuai oleh Timbalan Pengarah (Akauntan Gred W52) terdiri daripada beberapa Unit iaitu Unit Wang Tak Dituntut, Unit Pengurusan Aset dan Unit Naziran. Seksyen Operasi diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah (Akauntan Gred 48)  dan  terdiri daripada  Unit Akaun, Unit Bayaran, Unit Gaji dan Unit Teknikal. Seksyen Pengurusan pula diketuai oleh Penolong Pengarah Kanan (Akauntan Gred W44) yang bertanggungjawab kepada Unit Pengurusan Prestasi, Unit Pentadbiran dan Kewangan dan Unit Khidmat Pengurusan Pelanggan dan Latihan.

 

JANMPP telah diterajui oleh Pengarah-Pengarah Negeri berikut:-

 

 

Bil. Nama Tahun
1 Tuan C. Perumal 1977 – 1979
2 Tuan Ambotang A.Hamid 1979 – 1981
3 Puan Che Norehan Bt Yahaya 1981 – 1982
4 Puan Nazley Bt Nordin 1982 – 1983
5 Puan Lim Swee Kim 1983 – 1985
6 Tuan M.Indrasathy 1985 – 1990
7 Tuan Safiee bin Mohd Yusoff 1990 – 1997
8 Tuan Dzulkifli Bin Ahmad 1997 – 1998
9 Puan Saodah Bt Hassan 1998 – 2001
10 Puan Yeoh Siew Lin 2001 – 2001
11 Puan Hawariah Bt Hj. Idrid 2003 – 2005
12 Tuan Hj. Nazri B Harmine 2005 – 2012
13 Puan Nazhatun Bt Md. Rejab 2012 – 2014
14 Tuan Mc Kevin AK Toni 2014 – 2015
15 Puan Zaida Azian Bt Shafiei 2015 – 2016
image