Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Sandakan (sebelumnya dikenali sebagai JANM Kawasan Sandakan) telah ditubuhkan pada bulan Disember 1979. Pejabat operasi pada masa itu terletak di Pusat Bandar Sandakan di Bangunan Lai Piang Kee. Bilangan anggota kerja ialah seramai 15 orang sahaja. Bangunan Lai Piang Kee telah disewa oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia Kawasan Sandakan mulai bulan Mei 1980 sehingga tahun 1986 dengan sewa bulanan sebanyak RM4,450.00 sebulan.

 

Pada 16 Oktober 1986, pejabat JANM Cawangan Sandakan telah berpindah ke Wisma Persekutuan Sandakan di Batu 7, Jalan Labuk. Terletak di tingkat 2 bangunan tersebut dan ia kekal sehinggalah sekarang.

 

Berikut adalah senarai nama pegawai yang mengetuai JANM Cawangan Sandakan bermula dari penubuhannya sehingga sekarang;

Bil Nama Pengarah Jawatan Tahun Berkhidmat
En. Tan Eng Huat Pegawai Kerja Akaun Kanan 1980 - 1982
2 En. Lim Too Lim Pegawai Kerja Akaun Kanan

1982 - 1985

3 En. Omar Bin Hashim Pegawai Akaun Kawasan 1985 - 1990
4 Pn. Khairun Bariah Binti Ismail Akauntan Perbendahraan W3 1986 - 1987
5 Pn. Salmah Bt. Mohd. Shariff Akauntan Perbendahraan W3 1987 - 1994
6 En. Husaini Bin Abu Penolong Pengarah Kawasan W3 1994 - 1997
7 En. Zainuddin Bin Abdul Manaf Penolong Pengarah Kawasan W3 1997 - 1999
8 En. Saripudin Bin Kanda Pengarah Cawangan W3 1999 - 2002
9 Pn. Nazhatun Binti Md. Rejab Pengarah Cawangan W48 2002 - 2008
10 Pn. Jando Anak Tawan Pengarah Cawangan W48 2008 - 2012
11 En. Roslie Bin Rustam Pengarah Cawangan W48 2012 - 2015 
12 Pn. Josephine Sherilyn Joe Liew Apok Pengarah Cawangan W48 2015 - 2017
13 Pn. Rosliah Sigoh Pengarah Cawangan WA48 2017 - 2019
14 Pn. Masniah Binti Laganing Pengarah Cawangan WA48 2019 sehingga kini

 

1)   Bilangan Perjawatan (Kakitangan) Tahun 1979 - 1989 (15 orang).

 

2)   Bilangan Perjawatan (Kakitangan) Tahun 1990 - 1991 (15 orang).

 

3)   Bilangan Perjawatan (Kakitangan) Tahun 1992 - 2002 (Skim SSB) (22 orang).

 

4)   Bilangan Perjawatan (Kakitangan) Tahun 2004 - 2006 Skim SSM Sehingga 2011 (36 orang). Penambahan perjawatan Skim SSM pada Tahun 2006
      mula diisi jawatan tersebut  bermula pada tahun   2007 - 2008  sepenuhnya.

      Dan tahun 2009 pertukaran perjawatan berubah iaitu bagi kakitangan yang berkhidmat lebih 15 tahun dinaikkan pangkat (KUP) dan  pertukaran gred 
      seperti:

      -  N11/OMPD/Penyelia

      -  N17 dan N17 dinaikkan ke jawatan N22

 

5)   Bilangan Perjawatan (Kakitangan) Tahun 2012 - 2018 (37 orang).

 

6)   Bilangan Perjawatan (Kakitangan) Tahun 2019 (36 orang).
      1 Jawatan Sementara Khas Untuk Penyandang sehingga 31 Disember 2018 (Jumut).

image