Lokasi : Kompleks PKNS, Shah Alam
- JANM Negeri Selangor telah ditubuhkan pada September 1981 bagi memberikan perkhidmatan sebagai Pejabat Pembayar/ Perakaunan kepada semua Jabatan Persekutuan yang berada di Negeri Selangor ekoran perkembangan pesat di Selangor dan perpindahan pejabat-pejabat kerajaan dari Kuala lumpur ke Shah Alam.
- Sebelum itu, urusan pembayaran dibuat di JANM Ibu Pejabat.
- Lokasi semasa penubuhan adalah di Tingkat 1, Kompleks PKNS, Shah Alam dengan kakitangan seramai 24 orang sahaja.
- Selaras dengan perkembangan pesat dan pertambahan kakitangan kepada 62 orang, JANM Negeri Selangor telah berpindah ke Tingkat 3, Kompleks PKNS yang mempunyai ruang lebih besar pada Mei 1994.
Lokasi : Bangunan Affin Bank
- Setelah cadangan penstrukturan semula jabatan diluluskan pada 15 April 2007, JANM Negeri Selangor telah berpindah ke Bangunan Affin Bank dengan jumlah perjawatan sebanyak 98 pada 10 Dis 2007.
- Mulai 2 Julai 2009, melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2009, sebanyak 17 jawatan telah dijumudkan menjadikan jumlah sehingga hari ini adalah sebanyak 81 jawatan.
- Perjawatan yang dijumudkan adalah Operator Pemprosesan Data dan Jurutaip.