wisma-persekutuan-copy

 

Bermula sebagai sebuah bahagian di bawah Kementerian Kewangan,Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah ditubuhkan pada tahun 1946. Ketika itu operasi lebih tertumpu kepada pengawalan dan pengurusan keperluan perakaunan negara.


JANM menyelenggara Sistem Pengurusan Perakaunan dan Kewangan Kerajaan Malaysia. JANM merupakan salah sebuah agensi yang memainkan peranan penting dalam akauntabiliti kewangan Kerajaan Persekutuan. Waran Am yang diterima selepas sesi pembentangan bajet di Parlimen merupakan amanah penting Pengurusan Sistem Perakaunan dan Kewangan Kerajaan. Justeru tanggungjawab dan cabaran yang semakin kompleks, JANM berkembang sebagai organisasi yang mantap dan profesional.


Peningkatan keperluan perakaunan dan kewangan telah mendorong penubuhan pejabat cawangan secara berperingkat. Tujuan penubuhan cawangan adalah untuk mendekatkan perkhidmatan akauntan kepada jabatan-jabatan pelanggan.


Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Sri Aman (JANM Cawangan Sri Aman) telah mula beroperasi pada 1980. JANM Cawangan Sri Aman bermula dari satu bangunan pejabat yang kecil bertempat di Bangunan Bazaar Baru di Jalan Sabu Simanggang. Pejabat ini kemudiannya ditempatkan di Bangunan (Blok 3) Simanggang Town District. JANM Cawangan Sri Aman sekali lagi berpindah tempat ke Wisma Persekutuan Fasa II Blok 1, Jalan Kejatau. Kini, JANM Cawangan Sri Aman beroperasi di Wisma Persekutuan Fasa II Blok 3, Jalan Kejatau, Sri Aman.


Era perubahan dan peralihan teraju pengarah yang berkaliber turut silih berganti. Sehingga kini, JANM Cawangan Sri Aman telah diterajui oleh 18 orang pengarah cawangan iaitu :

BIL NAMA TAHUN BERKHIDMAT
1 Encik Yusof Bin Sait 1980 – 1982
2 Encik Chan Chue Beng 1982 – 1983
3 Encik Awang Sebli Bin Awang Sulong 1983 – 1985
4 Encik Jafril Bin Junit 1985 – 1988
5 Encik Kamal Bin Bahari 1988 – 1993
6 Encik Pukhari Bin Samsuri 1993 – 1994
7 Encik Ahmad Zaki Bin Mahmood 1994 – 1996
8 Encik Abang Ehsan Bin Abang Abu Bakar 1996 – 1997
9 Encik Haji Husaini Bin Abu 1997 – 1999
10 Encik Sharin Bin Shaari 1999 – 2002
11 Puan Brenda Anak Marajan 2002 – 2004
12 Encik Mohd Asri Bin Yusof 2004 – 2006
13 Encik Nor Adill Bin Bahatim 2006 – 2009
14 Cik Noraini Binti Bolhan 2009 – 2010
15 Encik Maurice Takap 2010 – 2011
16 Cik Norhafizah Binti Md Diyah 2012 – 2014
17 Cik Siti Rodheiza Binti Abdul Rahman 2014 – 2015
18 Encik Thomas Anak Wilson Kudang 2015 sehingga kini
image