Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Terengganu di tubuhkan pada tahun 1978 di Wisma Persekutuan sehingga ke hari ini. JANM Negeri Terengganu mula dianggotai oleh 45 orang kakitangan dan bertambah sehingga kini sebanyak 82 orang.

 

Terdapat 2 bahagian utama di JANM Negeri Terengganu iaitu Bahagian Pengurusan dan Bahagian Operasi. Bahagian Operasi terdiri daripada Seksyen Bayaran, Seksyen Gaji dan Seksyen ICT yang terletak di Tingkat 11, Wisma Persekutuan. Seksyen Akaun pula ditempatkan di Tingkat 12, Wisma Persekutuan.

 

Bahagian Pengurusan mengandungi 3 seksyen iaitu Seksyen Pentadbiran dan Kewangan, Seksyen Perundingan dan Seksyen Wang Tak Dituntut yang terletak di Pusat Niaga Paya Keladi.

 

Selain itu, Unit Audit Dalam Cawangan Terengganu turut ditempatkan di Pusat Niaga Paya Keladi.

image