Nota: Pencapaian disenaraikan mengikut tahun diterima.
 

2016

Indeks Penarafan Bintang (Indeks SSR)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mendapat Pengiktirafan 5 Bintang Agensi Sektor Awam bagi tahun 2015-2016 daripada MAMPU.

Penilaian Laman Web / Portal Sektor Awam Tahun 2015
Portal rasmi JANM diiktiraf 5 bintang oleh Multimedia Development Corporation (MDeC).

2015

Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2013
JANM menerima pencapaian 4 bintang bagi Anugerah Khas ini daripada YBhg. Dato' Aloyah Binti Mamat, Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan.

Penilaian Laman Web / Portal Sektor Awam Tahun 2014
Portal rasmi JANM diiktiraf 5 bintang oleh Multimedia Development Corporation (MDeC).

Anugerah OpenGov
Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah menerima Anugerah OpenGov bagi kategori “Excellence in Embracing Mobility Award” daripada MAMPU.

Anugerah Inovasi Sektor Awam Tahun 2015
Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah memenangi tempat kedua dalam Anugerah Inovasi Sektor Awam 2015 bagi kategori Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan melalui Sistem Perakaunan Luar Negeri (SPLN).
 
Penilaian Laman Web / Portal Sektor Awam Tahun 2014
Portal rasmi JANM diiktiraf 5 bintang oleh Multimedia Development Corporation (MDeC).

2014

Sijil Audit Bersih
Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah menerima Sijil Audit Bersih bagi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2013 pada 6 Jun 2014.

Sijil Penghargaan
JANM telah berjaya mencapai "Significantly Exceed Target - ST" bagi pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS Tahun 2013.

Penilaian Laman Web / Portal Sektor Awam Tahun 2013
Portal rasmi JANM diiktiraf 5 bintang oleh Multimedia Development Corporation (MDeC).

2013

Sijil Audit Bersih
Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah menerima Sijil Audit Bersih bagi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2012 pada 11 Jun 2013.

Penilaian Penarafan Bintang (Star Rating) Tahun 2012
JANM telah berjaya memperoleh penarafan 5 bintang daripada MAMPU bagi kategori Agensi Pusat dan Jabatan Utama di bawah ketua-ketua perkhidmatan (APJU) pada 24 Julai 2013.

Sijil Penghargaan
JANM telah berjaya mencapai "Significantly Exceed Target - ST" bagi pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS Tahun 2012.

Penilaian Laman Web / Portal Sektor Awam Tahun 2012
Portal rasmi JANM diiktiraf 5 bintang oleh Multimedia Development Corporation (MDeC).

2012

Sijil Penghargaan
JANM telah berjaya mencapai "Significantly Exceed Target - ST" bagi pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS Tahun 2011.

Sijil Audit Bersih
Jabatan Akauntan Negara telah menerima Sijil Audit Bersih bagi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2011 pada 29 Mei 2012.

Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti 5S
JANM telah berjaya memperoleh pensijilan semula Amalan Persekitaran Berkualiti 5S daripada pihak Malaysia Productivity Corporation (MPC) mulai 2 Oktober 2012 hingga 1 Oktober 2013.

Penilaian Laman Web / Portal Sektor Awam Tahun 2011
Portal rasmi JANM diiktiraf 5 bintang oleh Multimedia Development Corporation (MDeC).

image